Jumaat, 5 Julai 2013

RED~



"Waktu bersamanya ibarat menaiki roller coaster.
Lebih cepat dari angin yang bedesir di pipi ini.
Sungguh mengujakan,Membuat jantung ku berdegup kencang.
Mengejutkan ku kerana ia berakhir dengan tiba-tiba.
Seperti warna-warna pada musim luruh
Sangat terang sebelum ia kehilangan semuanya

Kehilangannya seperti jatuh setelah sampai di puncak gunung,

Sakit setelah menggapai bahagia.

Cuba melupakannya seperti cuba untuk mengambarkan seseorang yang tidak pernah ku temui,

Sangat susah dan barangkali mustahil.

Bertatapan mata dengannya seperti merasakan semua yang ku mahu ada dihadapan ku

Membuat dunia ku indah untuk sesaat.

Mengingatinya sangat mudah bagaikan ku dilahirkan bersamanya,

Seperti ku telah lama bersamanya
Cuba untuk mendapatkannya ibarat menyelesaikan silang kata yang tidak mempunyai jawapan yang pasti
Membuatkan ku resah dan gelisah mencari jawapannya.

Mengharapkan ku dapat menyelesaikannya sebelum terlambat.

Kerana mencintai nya adalah merah."

Inspired by one of my favourite song by taylor swift, RED. Its has been a while since I didnt write a poet a.k.a puisi or something like ayat-ayat puitis, which is I used to wrote it in earlier of my secondary school.
well actually Im not that kind of "Jiwang karat" person, its just come to my head especially when there is a significant event or a moment ;) . Plus its not good as professional writers ;p
Dan untuk maklumat jugak, warna merah merupakan simbolik untuk kekuatan, keghairahan, keriangan, ketabahan, matlamat kerjaya, cinta, revolusi, bahaya, keazaman, kepimpinan, drama, kelajuan, haba, keganasan, tumpuan dan kemurahan hati ;)


BISIKAN HATI


Tatkala diri ini bersedih, ku terdengar suatu bisikan:


"Bila kau keletihan dengan ragam dunia ini,
Kembalilah kepada ku,
akan ku pinjamkan bahu ku untuk sandaran mu.
Menangislah setiap kali  kau mahu menangis
Jangan kau tahan kesedihanmu itu.
Basahilah bahuku ini
Hilangkanlah kesedihanmu itu.

Walaupun seluruh dunia memandang rendah terhadapmu,
Namun tidak pada mata ku
Kerana aku telah melihat diri mu yang sebenar,
Kerana aku tahu diri mu yang sebenar
Dan kerana aku tahu kisah hidup mu

 Bangunlah dari kesedihan mu itu
Carilah kembali mimpi mu yang ditenggelami kekecewaan
Jangan katakan kau tidak bisa,
Kerana ku sentiasa berada di sini
Membantu diri mu.

Bila kau rasa kau tak mampu untuk bernafas lagi,
Pejamkanlah mata mu seketika
Fikirkanlah masa depan mu
Ingatlah janji mu kepada dirimu, kepadaku
Dan orang yang sentiasa menyayangi mu
Dan yang kau sayangi.

Aku akan sentiasa di sini
Melindungimu,
Dan menemani mu
Selagi tangisan itu mengalir .

Rehatkanlah dirimu
Hilangkan segala keresahan mu
Di dalam dakapan ku
Kerna ku sentiasa ada di sini
Didalam dasar hati mu yang paling dalam
Dan yang paling gelap
Dan aku akan sentiasa di sini
Sehingga tangisanmu memanggil ku
Untuk menemani mu.
Kerana kau dan aku adalah satu."



Itulah Bisikan hati ku, yang terjaga tatkala diri ini dihujani kesedihan. Memujukku untuk terus hidup dan tidak berputus asa. Bagi menggapai impian, impian yang diimpikan bersama.



                           "
"



RENOVATING


*I'M BACK*
Assalamualaikum w.b.t (wajib jawab bagi yg muslim, dalam hati pun xpa) & salam sejahtera pembuka bicara. 

Setelah sekian lama nya Mirul tidak meng-update blog ini, kini kembali untuk meng-update nya hehe (bukan ada follower sangat pun, bajet feymes hehe). Sejujurnya antara pemangkin yang membuatkan Amirul untuk meng-update kembali blog ini ialah kerana bagi memenuhi tugasan yang telah diberi kan oleh lect / instructor subject SSK 1000 Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat, yakni dengan mendirikan sebuah blog sendiri :)

Untuk makluman, Amirul dah pun mengubahsuai a.k.a renovating beberapa ciri yang terdapat di dalam blog ni, dari segi tempalte,layout, cara penulisan (dulu terbelit lidah nak membaca nya) dll. Lagipun banyak widget yang da rosak dan unvalid. Tapi still xdapat buang image yang dah rosak yang falling down ni actually dulu gambar clover,tapi da unvalid. disebabkan ia di simpan didalam html template. So agak susah untuk meng-remove nye hehe. lagu pun dah x berbunyi.

Actually ada jugak buat blog baru, tapi rekaan dan hiasan nya jauh lebih simple bagi memudahkan pembaca untuk memahami maklumat yang cuba disampaikan. Lagipun mengambil masa yang lebih untuk menghias seperti yang sedia ada di dalam blog ni. So, instead hantar blog yang baru tu,better submit blog ni je hehe,,banyak sikit widget yang ada, so maybe ada la markah lebih sikit hehe I mean, compare tu blog baru tu la kan. Alang-alang nak jugak promote blog baru; pawangmoden94.blogspot.com haha hebat ark, jangan lupa singgah dan follow k :)

Setakat ini sajalah untuk sesi meng-update kali ini. Amirul akan sambung update lagi dalam masa terdekat ni okay ;)
*SEKIAN, TERIMA KASIH*





Mengenai Saya

Foto saya
Perharps I'm weird because I dont realy know who am I..I trying to live happily as happy as I can,but life is realy difficult for me to through it.
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Tema Pelancongan. Dikuasakan oleh Blogger.

Small Tornado