Tatkala diri ini bersedih, ku terdengar suatu bisikan:
"Bila kau keletihan dengan ragam dunia
ini,
Kembalilah kepada ku,
akan ku pinjamkan bahu ku untuk
sandaran mu.
Menangislah setiap kali kau mahu menangis
Jangan kau tahan kesedihanmu itu.
Basahilah bahuku ini
Hilangkanlah kesedihanmu itu.
Walaupun seluruh dunia memandang
rendah terhadapmu,
Namun tidak pada mata ku
Kerana aku telah melihat diri mu yang sebenar,
Kerana aku tahu diri mu yang sebenar
Dan kerana aku tahu kisah hidup mu
Dan kerana aku tahu kisah hidup mu
Bangunlah dari kesedihan mu itu
Carilah kembali mimpi mu yang
ditenggelami kekecewaan
Jangan katakan kau tidak bisa,
Kerana ku sentiasa berada di sini
Membantu diri mu.
Bila kau rasa kau tak mampu untuk
bernafas lagi,
Pejamkanlah mata mu seketika
Fikirkanlah masa depan mu
Ingatlah janji mu kepada dirimu,
kepadaku
Dan orang yang sentiasa menyayangi mu
Dan yang kau sayangi.
Aku akan sentiasa di sini
Melindungimu,
Dan menemani mu
Selagi tangisan itu mengalir .
Rehatkanlah dirimu
Hilangkan segala keresahan mu
Di dalam dakapan ku
Kerna ku sentiasa ada di sini
Didalam dasar hati mu yang paling
dalam
Dan yang paling gelap
Dan aku akan sentiasa di sini
Sehingga tangisanmu memanggil ku
Untuk menemani mu.
Kerana kau dan aku adalah satu."







Tiada ulasan:
Catat Ulasan